About Me

My photo
Berpijak di bumi yang nyata, mengerti siapa diri di muka bumi ini. Hanya manusia dan Hamba yang tidak mempunyai peribadi yang mampu di agung-agungkan. Aku cuma manusia biasa. Lahir ku untuk menjadi salah seorang manusia yang berusaha mencari keredhaan-NYA. Lahir ku untuk berbakti kepada kedua orang tua ku. Lahir ku untuk menjadi seorang adik yang hormati abang dan kakak nya. Lahir ku untuk membalas jasa guru ku. Lahir ku sebagai Teman di kala teman itu kesedihan. Dan Lahir ku untuk seorang adam yang mencari rusuk nya.. Itu aku.

Friday, May 10, 2013

Diploma in Business Studies Holder Plus++ My E-DAY Announcment (^.^)

Perhhh..bersawang nye blog kite. kuikuikui. Busy kan Last Sem. And now update semata2 nak bagitahu satu dunia... I'm Officialy GRADUATE as Diploma Student. yeah yeah yeah.. Kawan-kawan kita jumpa dekat KONVO nanti. hiew hiew hiew.

Semalam orang dok sibuk update status pasal result. Yang dah grad ucapan terima kasih bertalu-talu. Aku? UPDATE gambar TUNANG. HAHA ! Nampok x GELOJOH nye. Kah Kah Kah. *pang* gila kejap. Alhamdullilah. Me and ENCIK BEAN, sekarang tak payah nak sorok-sorok dah. Kalau dulu, nak letak gambar pun payah. Tu sebab aku letak gambar MR>BEAN dekat Blog aku. hak hak hak. Ok pe. Sebab dia dengan Mr.Bean, serius macam kembar.

Berbalik kepada kisah tadi, of cos ramai yang terkejut... *yg x tau lah pasal aku dgn En.Bean.* HAHA ! ada tu sampai remove aku dari friend, siap block aku lagi. ada yang nak add sebab nak korek rahsia kot. EHH DAH KENAPA SEYH KORANG ??!!! Femesnya kiteorg semalam. serius. Tapi sori, aku x ambil kisah semua tu. Yang add memang aku x app. Yang BLOCK lagi lah aku TAK LAYAN ! Itulah ada perangai budak-budak. :))

Kawan-kawan sekolah rendah? OPKOS terkejut jahhh ! Takde angin takde ribut semua xpuas hati x di jemput. Sori kengkawan.. Bukan TANAK jemput. But i have my own reason. Jangan risau k. Kahwin nanti sorang satu kad aku bagi. Takkan aku lupa kawan2 sekolah rendah aku. Kawan since darjah 1,2,3,4,5,6... and now kita dah 21 tahun. Kiralah kan bape lama.. Takkan lah aku boleh senang2 lupa kawan. AND opkos kawan2 yang lain jugak. Aku xkan lupa. Jangan risau.

Sekarang ni dok busy merangka itu ini. Bride to be kan. Tarikh ? Tahun depan kot. tapi PREPARATION awal itu penting. Sebab nanti last minit semua yang ke laut. Buat awal2 boleh back up bila dah nak dekat nanti. Dah nak dekat, boleh rilex2. pikir pasal akad nikah. eheeemmm...eheemm.. okeyh ! SENSOR ! teeeetttt !

Ok lah. Nak chaos dulu. Banyak koje nak buat. kih kih kih. Pandang kotak besar En.Bean bawak balik hari tu. Penuh dengan BUKU2. Aigooooo.. Mana nak letak.. ???? tolong kembalikan bilik saya pada yang asaaaallllll !!!!! *pang* kbai~

Nota suam-suam : Kejayaan aku Grade On Time takkan menjadi kenyataan kalau xda orang yang berpengalaman. Mungkin boleh di kata tuah/rezeki/usaha. Tapi siapalah aku kalau berdiri tanpa Lecture,Keluarga,Kawan-Kawan dan juga En.Bean. Aku juga manusia, yang ingin tunjuk ajar. Bodoh Sombong itu bukan diri ku. Walaupun result tak seberapa. Tapi itu adalah kemampuan ku. InsyaAllah Degree nanti aku akan buat yang lebih Baik. Terima Kasih di atas dorongan,tunjuk ajar yang di berikan. Saya Fatin Nadzirah Bt Mohd Ramlan amat hargai jasa dan pengorbanan yang diberikan. and now I'M OFFICIALY GRADUATE AS DIPLOMA IN BUSINESS STUDIES STUDENT :) peace yaowww...



p/s : I Miss You BHP :)


Gadis Biasa ♥

Saturday, December 22, 2012

9 Days To Go.. GoodBye 2012..

Pejam celik pejam celik.. Tak sangka dah nak habis dah tahun 2012 ni kan. Macam dalam mimpi. 9 Hari lagi oi nak masuk 2013. Then akan mula lah cerita baru dalam 2013.. Diari baru akan di bentang. Pelbagai ragam dan kerenah akan di paparkan dan di catatkan. So let's wait and see. Ehemmm... For sure mesti ada yang cakap.. 'perhhh.. awal and advance gila minah ni nak mengakhiri tahun 2012.' Yeahhh..Kisah pulak aku orang cakap macam tu. Hanya orang yang dekat dengan aku memahami kenapa.

Nak biarkan 2012 berlalu bukan senang. 2012 ni lah banyak kenangan yang tercipta dengan MR.BEAN. Kesana ke sini ada orang teman. Yeahhh.. Kalau dengan IF dulu nak ajak pegi mane2 susah sangat. Asik melepet kat rumah tunggu dia bangun tido. Then mesej je.. Perhhh.. Bosan ! Serius. Tapi dengan MR.BEAN ni, cakap je nak ape. Semua di tunaikan. HOHOHO.. Bahagia??? SANGAT ! tak mampu nak di ucapkan. Bila orang tanya 'kau ok ke dengan dia..' aku jawab 'ok sangat2. Manusia bodoh je takkan menghargai dia. Manusia bodoh je yang akan kata tak ok'

Hari Khamis hari tu start cuti semester. Hell YAh !!! Cepat gila cuti semester. Menggerunkan tauk ! Means semakin hampir lah nak menuju FINAL. Baru naik sem dah pikir FINAL. ok tutup cerita. Nak story pasal balik hari tu. Tepat jam 1130 gerak dari Johor Bahru. masa tu anggaran bus sampai pukul 4++ tapi cepat sikit kot. Pukul 3++ dah sampai. Sampai2 di sambut dengan senyuman oleh MR.BEAN. Wahhhh.. Heaven nye ada orang jemput. Pegi makang2. Lapa weyh habaq lu. Then jalan-jalan.. lepas tu tibe2 nampak kedai bear-bear besaq2.. Survey2 dulu.. Last2 dia kata.. 'Hari ISNIN kita pegi THE MINES eh sayang.. Kita beli dekat sana. Tapi nanti awak boleh ke pegang bawak balik naik train' Aku cuma tersenyum je.

Jalan lagi.. Jumpa kedai JERSI. Aku terus tanya 'Awak,kata nak beli JERSI MALAYSIA.. haaaa.. kat sini ada...Pastu awak kata nak belanja saya kan??' Dia pandang senyum dan angguk. Usha sana sikit. YES ! Grab 2 baju MALAYSIA siap nama untuk aku dengan dia :) TQ DEAR... Sharp jam 5 petang anta dia dekat KTM. hmmm.. Dah nak berpisah. Nak nangis pon ada. Sekejap je jumpa kan awak. Tapi Hari isnin ni JUMPA lagi. THE MINES hala tuju kita. InsyaAllah.. :)

Notasuamsuam : Selalu kalau mintak itu ini dia tak penah menghampakan aku. cakap je nak apa.. 'awak,nak ABC!' 'Awak nak tu' 'Awak saya malas turun awak pegi eh' Semua dia buat dengan tersenyum dan tak merungut pon. Aku?? Kadang2 angin tanpa sebab dekat dia. Teruk kan. Tapi setiap kali bila dah reda, aku pandang muka dia, aku tengok muka dia takde marah sikit pon dekat aku. Sentiasa ikhlas. Sentiasa senyum. Masa tu, air mata dah menitik. Terus aku cakap.. 'awak terima kasih untuk segalanya.Ikut kehendak saya. Tapi saya asik marah awak je. Maafkan saya..' Dia pandang and masih tersenyum 'Sama-sama.Selagi saya boleh buat untuk awak,semua saya buat. Saya akan cuba yang terbaik.Untuk awak..' TERIMA KASIH MR.BEAN :')























Gadis Biasa ♥

Tuesday, November 20, 2012

FAHAMILAH MAKNA HIDUP KITA

Dalam hidup ini pasti ada kesusahan, mesti ada perkara-perkara yang mengganggu fikiran dan pasti ada ketegangan dan cubaan. Semua ini datang daripada hikmah Allah SWT terhadap makhluk-Nya untuk mengenalpasti siapakah di antara kita yang akan melakukan amal terbaik.

Seharusnya kita lebih mengenali makna hidup kita dan menerimanya dengan seadanya. Sikap itu tidak menghalang untuk menolak takdir dengan takdir yang sama dan melawan perkara-perkara yang dibenci dengan mengerjakan sesuatu yang dapat menghilangkannya. Mengenali erti hidup itu tidak bererti menanam semangat berputus asa, sebaliknya menanam semangat untuk sentiasa berjuang dalam hidup merupakan maksud daripada MENGENALI ERTI KEHIDUPAN.

Sesungguhnya kehidupan yang sentiasa berserah kepada Allah adalah kehidupan yang terbaik dalam hidup kita




Gadis Biasa ♥

Tuesday, November 6, 2012

CORETAN PERJALANAN KEHIDUPAN

PERJALANAN KEHIDUPAN

Wahai Sahabat semua...

Bila mana kita dilahirkan & dihidupkan di atas muka bumi ini, kita sebenarnya telah memikul satu amanah yang kita janjikan pada Pencipta kita iaitu Allah SWT. Dia telah menciptakan kita tiada sebab lain semata-mata untuk kita mengabdikan diri kepadaNya. Dalam meniti alam kehidupan ini, kita terdedah dengan segala dugaan, masalah, kesedihan & sebagainya. Tapi perlu ingat, dalam masa yang sama kita diberi segala kemudahan, kesenangan, kegembiraan & sebagainya. Cuma terserah kepada kita sama ada hendak BERSYUKUR atau tidak. terserah juga kepada kita sama ada BERSABAR atau tidak.

Wahai Sahabat semua...

Perjalanan kehidupan kita tidak berakhir di atas muka bumi ini sahaja tetapi akan bersambung semula di Alam Akhirat kelak. Ketika itu segala amalan kita akan dipersoal & dipertimbangkan oleh Allah SWT. Selagi nyawa kita belum diambil, selagi itu kita masih ada ruang & peluang untuk memohon keampunan kepada Allah SWT atas segala kesalahan yang kita lakukan. BEGITULAH PERJALANAN KEHIDUPAN KITA...PERJALANAN KEHIDUPAN DI DUNIA & DI AKHIRAT

















Gadis Biasa ♥





La Tahzan..:')

Ini adalah titian dan perjalan hidup kau. Sejauh mana engkau cuba berlari, ia akan kembali menghampiri. Sekuat hati kau mengelak, ia akan berusaha tampil di depan mata mu. Inilah namanya dugaan dalam menuju kebahagiaan. Ingatlah, ada lagi manusia di luar sana yang lebih terseksa. Kau bukan hilang sesiapa. Kau bukan tidak sempurna. Kau ada segalanya. Cuma dugaan kau tidak sehebat mereka. Dugaan kau adalah dugaan kecil dapabila setapak menuju kebahagiaan.

Percayalah pada diri sendiri kau mampu mengharungi. Percayalah segalanya ada hikmah. Dugaan hadir bukan sekadar suka-suka. Tapi bersebab. Tabahkan lah hati. Bersedialah diri. Biar  mereka mengeji. Senyum lah walau terseksa. Ketawalah walau payah. Berlakon selagi mampu. Biar mereka terasa iri hati. Suatu hari nanti KEMENANGAN itu di sebelah kau. Bersabar itu yang utama..

Hentikan segala tangisan. pembaziran untuk kau. Tutup segala kelemahan diri. Biar lemah itu kau sendiri yang tahu. Biar kuat itu di mata mereka. Simpanlah air mata mu di hari kemenangan mu. Kerana itu lebih berharga. Simpanlah air mata mu untuk sesuatu yang bahagia. Kerana itu lebih bernilai. Dan simpanlah air mata mu untuk PENCINTA-MU kerana itu tiada nilainya di dunia dan di akhirat. INSYAALLAH.. :')

nota suam-suam : siapa aku mampu membuang segala perasaan dengki manusia kepada aku. La Tahzan FATIN NADZIRAH MOHD RAMLAN :')




Gadis Biasa ♥

Monday, November 5, 2012

RINDU HIKING !

Seperti biasa hari ni bangun dengan penuh kemalasan. Haiiihhh.. Cuti-cuti ni tak keje jadi dok besarkan apa yang patut je. kuikuikui. Selalu kalau cuti sem, ada je aktiviti aku dekat JOHOR sana. Tapi cuti sem kali ni, phieewww.. dok melepak dekat rumah je. BOSAN ! BOSAN ! BOSAN ! Cuti akan jadi tak bosan kalau dapat pergi jalan-jalan mengelilingi dunia. Perhhh berangan mengalahkan mat jenin. Kejap lagi mesti PUAN EMAK jerit dekat bawah.. 'oi.. bila kau nak masak ni patennnn' =.=''

Duduk mengadap lappy ni jelah yang mampu hilangkan kebosanan aku. So bila dah mengadap my sweety ni, macam-macam benda yang dah lama tak di godek semua di godek. HAr HAR HAR. Jadi tengok lah gambar yang sekian lama tak tengok. Tiba-tiba terpandangkan folder ni.

*FOKUS PADA YANG CERAH

yeahhh.. Aku rindukan HIKING. Ehem. Untuk orang yang tak minat mesti dorang cakap. Apebenda lah nak rindu-rindu hiking ni. Haishhhh.. Kome tak paham perasaan TEMAN. Menikmati keindahan yang Allah Cipta itu sangatlah seronok. Seriously, aku nak masuk hutan lagi. Nak sampai PUNCAK tu lagi. 


MOUNT HOPING CAMERON HIGHLANDS... 5 GUNUNG 2 HARI :)

*gunung terakhir. Gunung Brinchang. Abg Yo kata, kalau cepat, boleh nampak puncak gunung lain belakang kiteorg..ok PERLI -.-

*ini abang jijang.. ehhh.. inilah salah sorang guider kiteorg. abg yo. Dari mula gunung sampai lah ke cameron ni dia ada. Kat Perak je dia takde. Kahwin katanya. :p

*ahaaa..tengok bawah tu. Cantik kan ??? Ni lah kediaman orang asli. Sangat cantik ok.. :)
*nilah gadis-gadis hiker. Dari nuang sampailah ke PERAK.. muka kiteorg je. Yang baju putih atas tu.. Bukan student ok :)
*Mummy kami. hihihi. Dialah yang paling kecik. Tapi comel sangat2. Tengok je dia suka pinky2. Tapi wowww ! Tawan GUNUNG bhai... Orang kuat ok. :)


*ehhh.. Kenapa ada gambar pak cik ney ?? -.-'


*aku lupa masa ni otw ke mana. Tapi seriusly, cantik. tq abg am@abg yo sebab amek gambar ni :)


 *ini puncak ke berapa pon aku tak ingat dah... -.-

MOUNT LIANG EAST&WEST,PERAK :)

*muka kami lagi.. hiew hiew hiew...

*Candid. Tq abg enal.. hiew hiew hiew. Kalo tengok gambar ni. Macam si taro ni dok usha aku. haih.. malu lah ! :p


*SUBAHANALLAH indah nya ciptaan Allah. Aku rasa macam tak percaya aku dapat tengok semua ni. CANTIK !

Masa Gunung pertama aku pergi, tader gambar. Kalau ada, tak banyak. hiew hiew hiew. Tapi aku rindu GUNUNG. Walaupun masa 1st time aku naik, aku dah give up. Sebenarnya 1st time tulah pengalaman. hiew hiew hiew. Dalam HIKING ni lah banyak ajar aku erti kesabaran. KETABAHAN. hiewhiewhiew... ehhh KEJAP ! ada lagi satu gambar... 

*aku rindukan suasana ni. Kena kan ABAH. alaaa.. mamat yang gambar dia dekat belah atas pakai spek konon HENCEM tu :p

Nota suam-suam : 'Jadikan pendakian itu seperti perjalanan hidup kita. Semakin sukar kita nak naik, semakin bertambah kesabaran dalam diri kita. Macam tu juga hidup kita. Semakin besar dugaan kita dapat. Semakin bertambah kesabaran kita dalam menempuhi dugaan hidup' Tq abang harikrishnan. Sebab bagi ayat ni. Sampai sekarang aku pegang. Maaf lah makanan abg saya je selalu makan -.-


Gadis Biasa ♥