About Me

My photo
Berpijak di bumi yang nyata, mengerti siapa diri di muka bumi ini. Hanya manusia dan Hamba yang tidak mempunyai peribadi yang mampu di agung-agungkan. Aku cuma manusia biasa. Lahir ku untuk menjadi salah seorang manusia yang berusaha mencari keredhaan-NYA. Lahir ku untuk berbakti kepada kedua orang tua ku. Lahir ku untuk menjadi seorang adik yang hormati abang dan kakak nya. Lahir ku untuk membalas jasa guru ku. Lahir ku sebagai Teman di kala teman itu kesedihan. Dan Lahir ku untuk seorang adam yang mencari rusuk nya.. Itu aku.

Tuesday, October 30, 2012

Jangan Menyentuh Kehidupan Seseorang Jika Ia Tiada Kena Mengena Dengan Kita.

Fuhhh... Setelah seminggu start semester break, baru hari ni terasa nak menulis. Sebelum ni memang ada niat nak menulis. Tapi seperti biasa. KEMALASAN menghantui diri. So hari ni terasa kerajinan menguasai diri. Mana tak nya, Habis satu bilik ini di tarah. Di gali. Segala sampah sarap di keluarkan. Ouhhh my BILIK.. hiew hiew hiew. MOTIF kemas bilik adalah sebab nak angkut barang-barang yang di bawa oleh MR.BEAN ke dalam bilik. Sekali bawak naik barang2 tuh.. Macam tade function je kemas bilik. Bersepah balik. hiok hiok hiok. Ok.. Abaikan tentang bilik. Let's story the mory. :)

Dok becerita tentang kehidupan, sebenarnya pon aku x memahami tajuk aku. Cuma aku rasa kepada si pembaca yang agaknya mungkin membaca BLOG aku yang tak semegah mana ni akan terasa lah kot. Kalau yang jenis membaca tertanya-tanya, korang teruskan lah bertanya. hiew hiew hiew. Sebab aku rasa belum sampai masanya untuk aku menjawab segala pertanyaan korang. Jadi dekat sini aku just nak menyampaikan jawapan dan sedikit nasihat. Aku tahu ! Aku tahu.. DIA AKAN BALAS SETIAP KATA-KATA AKU NI... sebab aku kan RETIS POPULAR.. :)

Memang susah bila hidup kita di pantau dari A-Z. Lagi susah bila orang yang xda kena mengena pon ikut masuk campur sekali. Sedangkan cerita yang di dengar dari sebelah pihak. Boom !!! Terus hentam aku tanpa usul periksa. Sampaikan keluar lah status yang agak mengaibkan diri aku. Tapi aku masih mampu tersenyum. Sebab aku tahu keadaan dan cerita yang sebenar. Siapa dia. Siapa aku. dan siapa kami. Itu Hanya aku,dia dan Allah yang mengerti. Jadi manusia yang tanpa usul periksa itu terus lah membuat hukuman dunia dia sendiri.

Wahai sahabat, memang benar kau dah menyebarkan dan menegur dengan sepatutnya. Tapi cara kau tu salah. Mungkin kau nak perhalusi. Tapi sebelum perhalusi, lihat diri sendiri dahulu. Berdiri di hadapan cermin, lihat kekurangan diri. Jangan menegur tanpa memikirkan kesan terhadap diri sendiri. Jika benar cinta luar nikah itu haram, Aku just nak tanya sikit je, Kau tak melakukan cinta luar nikah ke? Jika benar ia haram, Kenapa masa PEREMPUAN TAK LAKU tu dengan DIA, kau tak kata apa-apa langsung? Kau diam tanpa menyebarkan apa-apa cerita dan dakwah. Itu persoalan aku. Sehingga sekarang persoalan itu masih menghantui.

Gelaran itu hanya sekadar gelaran. Dia hanya manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Fahamkan itu. Allah menjadikan manusia itu hati dan perasaan. Begitu juga dia. Dia bukan robot untuk menahan segala perasaan. Siapa kita nak menentukan keredhaan yang akan dia dapat? Siapa kita nak menentukan Hidayah yang akan dia miliki. Siapa kita nak menentukan dosa dan pahala dia? kita bukan sesiapa awak. Kita hanya Hamba Allah seperti dia juga. Yang mencari Cinta Allah dan juga Cinta Manusia. Jangan disebabkan Aku, kau membenci seorang pemimpin.

Aku tahu aku tidak sehebat kau. Yang gah sana sini berkata berkawan dengan alim ulama. Yang gah sana sini berkata tentang agama. Yang gah sana sini menegur manusia. Aku hanya insan biasa yang masih merangkak mencari keredhaan Allah. Aku hanya insan kerdil yang hidup di bumi Allah. Penghijrahan aku masih belum sempurna. Aku hanya berharap insan sekeliling membantu dalam penghijrahan aku. Aku akui, aku merangkak-rangkak dalam mebaca kitab ALLAH.. Masih tidak sempurna solat ku. Masih tidak cukup ilmu ku. Aku akui.. Aku cuma manusia biasa. Kawan-kawan aku juga cuma orang biasa yang masih mencari keredhaan Allah.

Maafkan aku dengan coretan ini. Aku cuma mengeluarkan apa yang terbenam dalam lubuk hati. Jika kau inginkan perpisahan antara aku dengan dia. Ya, aku telah berikan. Doakan kebahagiaan aku dengan insan lain. Mungkin aku 'gadis si baju ketat itu' tidak sesuai untuk insan seperti dia kan. Itu yang kau ingin perkatakan. Tapi terima kasih untuk kau kerana menghancurkan impian MASJID kami.. :') Terima Kasih...

nota suamsuam : Aku tak sempurna mana di pandangan mata manusia. Tapi cukup jika aku sempurna di mata Allah.. Walaupun aku tahu aku masih belum sempurna .. :') KEMARAHAN AKU BUKAN PADA KAU. CUKUP KEPADA SI PEMBUAT CERITA ITU SAHAJA. TERIMA KASIH. :')

















 Gadis Biasa ♥   

Monday, October 15, 2012

Jangan benarkan sejarah itu menghantui.

Cerita lama, bukan mudah untuk di lupakan. Macam tu jugak aku. Cerita dengan seorang insan yang pernah buat aku ketawa suatu masa dahulu. Cerita dengan seorang insan yang memberi segalanya ketika aku memerlukan. Cerita dengan seorang insan yang sedu dan sayu hati ku, sentiasa di dengari. Insan itu, kau tahu siapa diri nya. Walau sudah lama berlalu, cerita itu tetap aku ingat. Aku kenang.

Bila di kata cerita lama, bermaksud ia ada lah suatu memori. Suatu memori itu, memang seronok kalau kita dapat ulang nya semula. Tapi ketahuilah, ia cuma angan-angan yang kita gapai x sampai. Hidup aku dengan insa itu berakhir setahun yang lepas. Angan-angan yang aku impikan, tapi takkan mungkin tercapai. Saat mata ini melihat segalanya. Telinga ini mendengar segalanya, aku tahu angan-angan itu tak mungkin aku dapat. Tidur lah selama mana pon, Pejam lah sekuat hati mata ini. Bila buka mata ku ini, KOSONG. Hanya ada aku dengan angan-angan aku.

Percayalah, ianya sekadar memori. Mengingat kembali, menyebut kembali tentang seorang insan itu, bukan bermaksud aku mengharapkan sesuatu daripadanya. Kemudian meninggalkan engkau di sini tersedu melihat kepergiaan ku. Ianya sekadar cerita lama yang ingin menggangu emosi dan hati ku. Jangan meminta aku untuk memadam memori ini. Jangan meminta aku untuk abaikan memori ini. Kerana memori ini lah yang aku bekalkan untuk aku jadikan perjalanan hidup ku. Learn from the mistake right? Dalam memori ini, ada kegembiraan ada kesilapan. Jadi, aku ambilnya sebagai penunjuk arah kepada kita.

Walau suatu ketika dulu, diri ini telah bersumpah, jauh di sudut hati akan kekal nama insan itu. Tiada siapa yang akan memadamnya. Tapi percayalah.. Jauh di sudut hati ini, hanya ruang kecil yang di huni. Cinta pertama, siapa yang mampu lupakan. FAHAMKAN itu. Percaya,Percaya dan teruskan percaya yang diri ini tidak akan pernah berpaling menjilat ludah nya sendiri. Sejauh mana pun istimewa insan itu. Tapi tidak akan se-istimewa insan yang membaca dan mecemburui insan itu.

Percayalah, dia hanya memori. Dia hanya kenangan. Di hanya sejarah. Awak adalah kehidupan baru. Awak adalah masa depan. Awak adalah tiang yang saya berpegang. Awak yang menceritakan kehidupan saya sekarang. Jangan bandingkan diri awak dengan dia. Mereka yang mengenali awak dan dia, semua kata awak 1000 kali bagus dari dia. Dia tiada apa nak di bandingkan dengan awak... Jangan ragui kesetiaan saya. Sebab dia hanya menghuni jauh di sudut hati saya yang kecil ruangnya. Tapi awak menghuni seluruh hati saya yang besar ruang nya.

ARA,ILY,IMY,HACKS,ASA.....PEGANG SEGALANYA.. :)

nota suamsuam : Jangan biarkan dia merosak kan apa yang kita impikan. Jangan biarkan dia merosakan segala angan-angan kita. Jangan biarkan dia memusnahkan segala harapan kita. PERCAYAKAN saya itu yang penting. :)

ENTRY JIWANG ! JANGAN MUNTAH.. ! KBYE~



Gadis Biasa ♥

Sunday, October 14, 2012

MAHUKAN CINTA.....

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk semua yang mahukan cinta....

"Apabila kita mengenali seseorang itu, seharusnya kita mengenali dirinya daripada pelbagai aspek & sudut. Kita hendaklah mengenali dirinya seikhlas yang boleh..kita hendaklah mengenali keluarganya semampu yang boleh tp ingat! bukan sekadar mengenali pada nama sahaja. Dalam sesuatu hubungan, pastinya ada cabaran & dugaan yg akan ditempuhi. maka, tempat yg paling utama utk kita rujuk adalah kepada pencipta kita iaitu ALLAH SWT. kita memohon segala pertolongan daripadanya, mohon bantuan, mohon dipermudahkan segala masalah yg kita hadapi kerana apa? kerana kita adalah khalifah yang diciptakan olehnya. Maka, kepada DIAlah kita berserah. kita tidak mampu utk memohon bantuan drpd manusia lain krn mereka juga tidak lari drpd segala masalah.

Sahabat sekalian,

Perkara yang paling penting dalam hidup ialah Cinta kita kepada Allah SWT & Rasulullah SAW adalah yang utama. tiada yg melebihi kedua2nya & tiada yg lebih agung daripadanya. Janganlah sesekali kita menyintai manusia lebih daripada Allah SWT & Rasulnya kerana kita tidak akan memperolehi apa2 ganjaran sebaliknya kita akan sentiasa jauh daripada rahmat & syafaatnya. INGATLAH!!!

Dalam hal lain pula, apabila kita ditakdirkan untuk berpisah @ menghilangkan cinta kita dgn seseorang lain, kita harus menerimanya dgn tabah krn Allah telah merancang yg terbaik utk kita. jgnlah hanya kerana cinta yang masih belum halal segala2nya kita mengabaikan diri kita, mengabaikan tanggungjawab kita, mengabaikan keluarga kita & mengabaikan segala2nya hanya kerana itu...tetapi kehidupan perlu diteruskan kerana kita masih ada "CINTA KEPADA ALLAH SWT & RASULULLAH SAW"

Akhir kata dalam coretan yang ringkas tapi penuh makna ini..."Cinta dtg dlm hidup kita drpd Allah SWT & tidak salah untuk kita bercinta malah harus bg seseorang manusia untuk mendakap cinta tapi biarlah ianya tidak lebih daripada apa yang ditetapkan."


**Mohon maaf seandainya ada kesalahan dalam coretan ini.
**fikir-fikirkanlah wahai teman & sahabat semua. ;-)

Wassalam..

Gadis Biasa ♥

HALF | QUARTER | MY LIFE ???

Morning ollsss.. Di kesejukan pagi ni, tiba-tiba mood menghupdate tu bertambah. Wohoooii.. pegi study lah. Mood study tak nak pulak datang. Mood bukan-bukan je datang. HAR HAR HAR. Cipta sejarah. Tido pukul 5 pagi, bangun pukul 745 pagi. Ohoi. Awalnya anak dara ni bangun. Nak buat macam mana kan. Dah terbiasa. Lepas ni time cuti lagi lah kena bangun awal. Disebabkan tido sebelum subuh. Makanya, Subuh aku kelaut. *bummmmpppp.... Haha ! Jadi bangun2.. Qada' Subuh, terus say Morning dekat Mr.Bean. Nak say morning dekat Pn.Mak dan En.Ayah... dapat gelaran gila atau buang tebiat pulak kan... HAr HAR HAR. Ok let's go to our topic this Morning.

Its about person in My Life. Boleh jadi sesiapa sahaja. Boleh jadi yang tak dikenali. Haha. Semalam, lepas je update 'Missing Quarter Of My Life', Mr.Bean terus Dm dekat twitter.
'If Your Family Part of your life.. I'm Quarter Of Your Life.. Who is the other Quarter?'
Ahaaaa.. Good question. Maybe sebab awak tak online guna laptop. Jadi awak tak nampak kot sidebar sebelah kanan saya ni. Terpampang gambar gadis-gadis comel. But never mind. I'm gonna answer it. Just For You Mr.Bean.

HALF OF MY LIFE | FAMILY 
Mestilah half of my life is my family. Mereka yang terbaik dalam hidup ini. Pn.Mak dan En.Ayah, Best parent for me. Apa puteri Bongsu ni nak, zupp dapat. Walaupun kadang-kadang sebelum dapat kena leter, mereka tetap ikot kehendak puteri bongsu ni. Macam tu Jugak abang-abang dan kakak-kakak saya. Selalu menurut kehendak satu-satunya adik perempuan kecik dorang ni. Kalau tak bagi dorang tau adik dorang ni panjang muncung boleh sangkut baju. HAR HAR HAR. Bila pikir-pikir, saya terlalu banyak abaikan keluarga saya suatu masa dulu. Tapi sekarang, masa depan saya demi keluarga saya. Jangan terkejut, kalau satu hari nanti bila sampai masa saya berpisah dengan dorang, saya menangis sampai nak banjir. Heeeee.. *blushing :)


QUARTER OF MY LIFE | FRIENDS
Yeaaahh... Ini yang awak tanya kan. It's My friend. Quarter of my life is my friend. Terlalu ramai kalau saya nak perkenalkan dekat awak. Cukup Kalau awak tahu, mereka-mereka ni lah yang buat saya gembira lepas Keluarga dan Cousins saya. Kalau saya sedih, mereka ni lah yang gembirakan. Tak banyak,sikit tu pon dah berharga buat saya. Jangan lah suruh saya pilih antara awak dengan kawan saya. Sebab susah sangat nak pilih. Kawan saya terlalu berharga dalam hidup saya. Saat saya jatuh dulu, dorang ni semua yang tak berhenti bagi semangat. Walau bukan dalam bentuk kata-kata motivasi, senyuman dan kegembiraan yang dorang bagi buat saya pon dah cukup buat saya rasa semangat sangat-sangat. They are not just a friend for me. But sometimes like a sister and brother for me. :)

QUARTER OF MY LIFE | YOU
Semalam dah bagi tahu kan. You're quarter of my life. Bila dah sah dan halal hubungan kita di sisi Allah, Jika panjang Jodoh kita.. Awak akan jadi half of my life. InsyaALLAH. Nothing to describe about you. Sebab before ni dah banyak cerita pasal awk. kannnnn... Jangan jadi tamak lah Mr.Bean. heeee :)

Nota Suamsuam : Ya Allah, aku bersyukur sebab adanya mereka di dalam hidup ku. :')

Member aku selalu tanya :
"Kenapa kau jarang call mak dengan ayah kau??"
Jawapan aku :
"Sebab nanti bila aku call, aku mesti nangis rindukan dorang and adik beradik aku. Jadi aku lebih prefer mesej je." 



Gadis Biasa ♥

Saturday, October 13, 2012

Missing Quarter of My Life

Menarik,Menarik,Menarik,Menarik... Tak sampai beberapa jam, dah HUPDATE lagi 1 entry. Wehuuu.. Tu lah, kan aku dah cakap, Bila terlampau rajin, memang sentiasa lah rajin. Kalau MALAS. hamek kau.. BERUANG,GAJAH semua kalah. ehh.. ape kena mengena. Abaikan..

Hari ni, nak kata mesej, memang tak berbunyi langsung HP tu dari pukul 10 pagi sampai lah sekarang. Kalau bunyi pon, mesej kejap-kejap je masuk. Soalan yang di tanya.. 'Are you ok MY LOVE' *tercaps lock pulak MY LOVE tu. Saja nak tayang. HAR HAR HAR.. Then me reply, 'Ok je. Have fun there My Dear'. Lepas tu stop mesej. Bosan, takdelah sebosan semalam. Tapi x dapat mesej dia walau sehari memang bosan sangat2. At least tak mesej mengharapkan panggilan dia. Supaya tahu keadaan dia macam mana. Selamat atau tidak. Biar hati manusia ini yang sentiasa dekat di hatinya tapi jauh di pandangan mata tidak risau memikirkan diri nya.

To be honest, I Miss You. Yeaaahh.. Jauh di mata. Beribu batu jauh. Long Distance Relationship. Sangat susah. Payah. Semua nya ada. Kerisauan memikirkan tentang awak itu pasti. Mana lah tau jumpa Gadis yang lagi bergetah, cun malican, hati awak berpaling. Itu sangat takut ok. Bagitahu saya siapa je yang tak taku ? bagi tahu saya siapa saja yang boleh terima kalau tahu buah hati pengarang jantung main kayu 3. Kalau yang ada tu, Bagus lah.... BUT ! not me ok. Cukup lah yang lepas. Jangan di tambahkan lagi apa yang ada dalam hati ni.

Hey You.. Quarter of My Life, I Miss You. Can't describe the true feeling. Jaga diri di tempat orang. Jangan nakal-nakal. Nanti kita jumpa, saya nak mintak banyak benda. HAR HAR HAR *gelak jahat angkat2 kening. Lupa ke saya penah cakap.. 'Duit awak duit saya. Duit saya duit saya..Jadi kalau sayang saya jangan membantah :P Ok lah.. dah MAGHRIB.. bubye LOVE :) <3

nota suamsuam : Kenapa Quarter Of My Life ? Sebab Half Of My Life is My famili. Apabila sah dan halal nya hubungan kita. Andai ada jodoh kita hingga ke syurga.. You'll be my HALF OF MY LIFE ALSO :) INSYAALLAH.. :)


Gadis Biasa ♥

Rindukan Aku Kerana Allah..Kasihi Aku Kerana Rasulullah.. Ana Uhbukki Fillah.. :)

Setelah sekian lama berdiam diri. Blog lama pon dah tak aktif, Kali ni kembali bersuara. Memang x da suara tapi..ahhh..baca je lah. Jangan banyak bunyi. Sana sini orang asik tanya, 'atyn, mana blog kau? x update ke? kenapa x update?' Jawapan aku senang je. AKU MALAS ! xtau nak update ape. Sebenarnya banyak je nak cite. Tapi KEMALASAN itu melampui batas. Melebihi segalanya. Tapi hari ni, di dorong dengan entry yang di update oleh kawan aku *sebab hari ni annniversary dia kan.... so aku dengan rajin nya nak update jugak blog yang dah banyak sawang ni. By the way.. My dear friend.. Happy 1st anniversary ok :) May god bless both of You.. :)

Tengok entry, islamic sikit kan.. Tapi itulah pesanan seseorang agar aku tak hanyut dalam mencari jalan kebahagiaan bersama dengan dia. Siapa dia. Biar menjadi rahsia sehingga sampai masanya. Cuma yang mampu di gambarkan adalah setiap apa yang di lalui dan setiap pengalaman yang tercipta. Sampai suatu masa, trang tang tang orang nya terpampang. :) Dan secara jujurnya.. entry hari ni untuk AWAK ! ye AWAK.. saya tahu awak akan baca :)


Hey Mr.Bean
Tahukan kenapa Mr.Bean???
Sebab orang yang betul-betul kenal awak je akan perasan awak macam Mr.Bean
Memang sebijik lah gaya Mr.Bean.
Setiap kali lepas tengok wayang, ada je gaya yang ditiru.
Sampai terbawa-bawa keluar wayang.
Aduhai, macam charlie chaplin pon ada jugak...
Bela misai ?? JANGANN ! sebab sungguh hodoh muka awak kalau bela misai :P.

Hey Mr.Bean
Saya selalu sakat awak..nak cari orang lain lah. Nak cari scandal lain lah..
Awak mesti balas,'ada ke orang nak awak melainkan saya'
Ohooo tersentap..sentap..sentap..
Rasa kalau awak ada depan muka saya, dah tumbuk 5@6 kali..
Ahaaa.. ayat kita gurau manja kan...
'Aku Tumbuk Muka kau bah..'
Tapi itulah yang sweet and sour bagi saya.. HAHA !

Hey Mr.Bean,
Apa yang saya kata before ni tentang berubah hati,ABAIKAN ye.
Sebab terlalu susah hati saya nak melupakan jika dah menyayangi.
Sentiasa ingat, saya akan setia dengan awak,
Walau kita beribu batu jauh..Tapi kan dekat di hati..itu pesan awak kan.
Jauh ini bukan menyusahkan..tapi membahagiakan...
Bila kita jauh,kita akan sentiasa saling rindu. Hubungan semakin mesra Alam..
Jadi....Jangan buang sampah merata-rata.. *ehhh...xda kena mengena.. HAHA !

Hey Mr.Bean
Ini part paling hardcore.. GADUH ??
Ahaaa..buat masa sekarang kita penah ke gaduh sampai sehari off phone ?
2 hari tak payah contact ?? pernah ke ? x kannn..
Paling lama kita gaduh tak sampai setengah jam.
Saya marah-marah.. Awak cool je. Saya sumpah sana sini, Awak rilex je.
Lepas tu keluar ayat saya..'dah pegi cari lain..'
Awak balas... 'tak..saya tunggu awak..ingat tu..'
Lepas bagi ayat, dengan muka tebal 5@6 inci saya datang balik..
Terkedek-kedek datang dekat awak... HAHA..
Then semua jadi lancar..kan awak..

Hey Mr.Bean,
Seriously, I'm Totally In Love With You..
InsyaAllah, macam saya selalu kata..
"Cinta saya pada awak xkan lebih daripada cinta saya kepada DIA.'"
Kadang-kadang hati saya selalu kata..'jangan berharap sangat'
Dan itu yang saya pegang. sebab saya takut kita terkandas...BINASA saya..
Tapi saya tahu, saya percaya,saya nampak...
Kejujuran dan keikhlasan yang awak tunjuk kan pada saya.
InsyaAllah Kepercayaan yang saya katakan suatu ketika dulu, akan ada.
Cuma Kita kena Bersabar.Kita kena terus berdoa.


Hey Mr.bean,
Terima Kasih dengan setiap gelak ketawa,
Terima Kasih dengan setiap Kata-kata semangat,
Terima Kasih dengan setiap bebelan.
Memang kadang-kadang sakit telinga, tapi....
Itulah yang membahagiakan.
Saya akui sebelum ni memang saya dah bahagia dengan keluarga dan kawan-kawan
Tapi kehadiran awak macam gula yang ditambah dalam air untuk jadi lebih manis..
Garam di tambah dalam makanan untuk merasa kemasinan dan kesedapanya,..
Aicewahhhh.. Dah madah pujangga pulak yang part ni.

Hey Mr.Bean,
Ingat setiap janji kita..Setiap kata-kata kita. Setiap apa yang awak katakan.
Menyayangi wanita itu bukan ibarat menyayangi baju. 
Bila kita sayang, hari-hari kita pakai. 
Bila kita dah tak sayang, kita buka lemparkan ketepi.
Cintakan dan sayangi saya atas dasar siapa saya. 
Bukan atas dasar Perubahan dan lakonan saya. 
Kerana itu lebih Bahagia. 
Semoga Allah merahmati hubungan kita.
Meredhai segala apa yang kita inginkan.
Melancarkan dan memberi kesenangan dalam hubungan kita. InsyaALLAH...

nota suam-suam : Setiap pesan awak saya akan ingat. Biar hubungan kita di redhai Allah. Biar hubungan kita manis dan elok di pandangan mata Allah. Saya,Fatin Nadzirah Mohd Ramlan, rindukan awak kerana Allah. Kasihi awak kerana Rasulullah. ANA UHBUKKI FILLAH... 





Gadis Biasa ♥