Percayalah pada diri sendiri kau mampu mengharungi. Percayalah segalanya ada hikmah. Dugaan hadir bukan sekadar suka-suka. Tapi bersebab. Tabahkan lah hati. Bersedialah diri. Biar mereka mengeji. Senyum lah walau terseksa. Ketawalah walau payah. Berlakon selagi mampu. Biar mereka terasa iri hati. Suatu hari nanti KEMENANGAN itu di sebelah kau. Bersabar itu yang utama..
Hentikan segala tangisan. pembaziran untuk kau. Tutup segala kelemahan diri. Biar lemah itu kau sendiri yang tahu. Biar kuat itu di mata mereka. Simpanlah air mata mu di hari kemenangan mu. Kerana itu lebih berharga. Simpanlah air mata mu untuk sesuatu yang bahagia. Kerana itu lebih bernilai. Dan simpanlah air mata mu untuk PENCINTA-MU kerana itu tiada nilainya di dunia dan di akhirat. INSYAALLAH.. :')
nota suam-suam : siapa aku mampu membuang segala perasaan dengki manusia kepada aku. La Tahzan FATIN NADZIRAH MOHD RAMLAN :')
Gadis Biasa ♥
No comments:
Post a Comment