Wahai Sahabat semua...
Bila mana kita dilahirkan & dihidupkan di atas muka bumi ini, kita sebenarnya telah memikul satu amanah yang kita janjikan pada Pencipta kita iaitu Allah SWT. Dia telah menciptakan kita tiada sebab lain semata-mata untuk kita mengabdikan diri kepadaNya. Dalam meniti alam kehidupan ini, kita terdedah dengan segala dugaan, masalah, kesedihan & sebagainya. Tapi perlu ingat, dalam masa yang sama kita diberi segala kemudahan, kesenangan, kegembiraan & sebagainya. Cuma terserah kepada kita sama ada hendak BERSYUKUR atau tidak. terserah juga kepada kita sama ada BERSABAR atau tidak.
Wahai Sahabat semua...
Perjalanan kehidupan kita tidak berakhir di atas muka bumi ini sahaja tetapi akan bersambung semula di Alam Akhirat kelak. Ketika itu segala amalan kita akan dipersoal & dipertimbangkan oleh Allah SWT. Selagi nyawa kita belum diambil, selagi itu kita masih ada ruang & peluang untuk memohon keampunan kepada Allah SWT atas segala kesalahan yang kita lakukan. BEGITULAH PERJALANAN KEHIDUPAN KITA...PERJALANAN KEHIDUPAN DI DUNIA & DI AKHIRAT
Gadis Biasa ♥
No comments:
Post a Comment