About Me

My photo
Berpijak di bumi yang nyata, mengerti siapa diri di muka bumi ini. Hanya manusia dan Hamba yang tidak mempunyai peribadi yang mampu di agung-agungkan. Aku cuma manusia biasa. Lahir ku untuk menjadi salah seorang manusia yang berusaha mencari keredhaan-NYA. Lahir ku untuk berbakti kepada kedua orang tua ku. Lahir ku untuk menjadi seorang adik yang hormati abang dan kakak nya. Lahir ku untuk membalas jasa guru ku. Lahir ku sebagai Teman di kala teman itu kesedihan. Dan Lahir ku untuk seorang adam yang mencari rusuk nya.. Itu aku.

Monday, November 5, 2012

RINDU HIKING !

Seperti biasa hari ni bangun dengan penuh kemalasan. Haiiihhh.. Cuti-cuti ni tak keje jadi dok besarkan apa yang patut je. kuikuikui. Selalu kalau cuti sem, ada je aktiviti aku dekat JOHOR sana. Tapi cuti sem kali ni, phieewww.. dok melepak dekat rumah je. BOSAN ! BOSAN ! BOSAN ! Cuti akan jadi tak bosan kalau dapat pergi jalan-jalan mengelilingi dunia. Perhhh berangan mengalahkan mat jenin. Kejap lagi mesti PUAN EMAK jerit dekat bawah.. 'oi.. bila kau nak masak ni patennnn' =.=''

Duduk mengadap lappy ni jelah yang mampu hilangkan kebosanan aku. So bila dah mengadap my sweety ni, macam-macam benda yang dah lama tak di godek semua di godek. HAr HAR HAR. Jadi tengok lah gambar yang sekian lama tak tengok. Tiba-tiba terpandangkan folder ni.

*FOKUS PADA YANG CERAH

yeahhh.. Aku rindukan HIKING. Ehem. Untuk orang yang tak minat mesti dorang cakap. Apebenda lah nak rindu-rindu hiking ni. Haishhhh.. Kome tak paham perasaan TEMAN. Menikmati keindahan yang Allah Cipta itu sangatlah seronok. Seriously, aku nak masuk hutan lagi. Nak sampai PUNCAK tu lagi. 


MOUNT HOPING CAMERON HIGHLANDS... 5 GUNUNG 2 HARI :)

*gunung terakhir. Gunung Brinchang. Abg Yo kata, kalau cepat, boleh nampak puncak gunung lain belakang kiteorg..ok PERLI -.-

*ini abang jijang.. ehhh.. inilah salah sorang guider kiteorg. abg yo. Dari mula gunung sampai lah ke cameron ni dia ada. Kat Perak je dia takde. Kahwin katanya. :p

*ahaaa..tengok bawah tu. Cantik kan ??? Ni lah kediaman orang asli. Sangat cantik ok.. :)
*nilah gadis-gadis hiker. Dari nuang sampailah ke PERAK.. muka kiteorg je. Yang baju putih atas tu.. Bukan student ok :)
*Mummy kami. hihihi. Dialah yang paling kecik. Tapi comel sangat2. Tengok je dia suka pinky2. Tapi wowww ! Tawan GUNUNG bhai... Orang kuat ok. :)


*ehhh.. Kenapa ada gambar pak cik ney ?? -.-'


*aku lupa masa ni otw ke mana. Tapi seriusly, cantik. tq abg am@abg yo sebab amek gambar ni :)


 *ini puncak ke berapa pon aku tak ingat dah... -.-

MOUNT LIANG EAST&WEST,PERAK :)

*muka kami lagi.. hiew hiew hiew...

*Candid. Tq abg enal.. hiew hiew hiew. Kalo tengok gambar ni. Macam si taro ni dok usha aku. haih.. malu lah ! :p


*SUBAHANALLAH indah nya ciptaan Allah. Aku rasa macam tak percaya aku dapat tengok semua ni. CANTIK !

Masa Gunung pertama aku pergi, tader gambar. Kalau ada, tak banyak. hiew hiew hiew. Tapi aku rindu GUNUNG. Walaupun masa 1st time aku naik, aku dah give up. Sebenarnya 1st time tulah pengalaman. hiew hiew hiew. Dalam HIKING ni lah banyak ajar aku erti kesabaran. KETABAHAN. hiewhiewhiew... ehhh KEJAP ! ada lagi satu gambar... 

*aku rindukan suasana ni. Kena kan ABAH. alaaa.. mamat yang gambar dia dekat belah atas pakai spek konon HENCEM tu :p

Nota suam-suam : 'Jadikan pendakian itu seperti perjalanan hidup kita. Semakin sukar kita nak naik, semakin bertambah kesabaran dalam diri kita. Macam tu juga hidup kita. Semakin besar dugaan kita dapat. Semakin bertambah kesabaran kita dalam menempuhi dugaan hidup' Tq abang harikrishnan. Sebab bagi ayat ni. Sampai sekarang aku pegang. Maaf lah makanan abg saya je selalu makan -.-


Gadis Biasa ♥

No comments: