About Me

My photo
Berpijak di bumi yang nyata, mengerti siapa diri di muka bumi ini. Hanya manusia dan Hamba yang tidak mempunyai peribadi yang mampu di agung-agungkan. Aku cuma manusia biasa. Lahir ku untuk menjadi salah seorang manusia yang berusaha mencari keredhaan-NYA. Lahir ku untuk berbakti kepada kedua orang tua ku. Lahir ku untuk menjadi seorang adik yang hormati abang dan kakak nya. Lahir ku untuk membalas jasa guru ku. Lahir ku sebagai Teman di kala teman itu kesedihan. Dan Lahir ku untuk seorang adam yang mencari rusuk nya.. Itu aku.

Tuesday, October 30, 2012

Jangan Menyentuh Kehidupan Seseorang Jika Ia Tiada Kena Mengena Dengan Kita.

Fuhhh... Setelah seminggu start semester break, baru hari ni terasa nak menulis. Sebelum ni memang ada niat nak menulis. Tapi seperti biasa. KEMALASAN menghantui diri. So hari ni terasa kerajinan menguasai diri. Mana tak nya, Habis satu bilik ini di tarah. Di gali. Segala sampah sarap di keluarkan. Ouhhh my BILIK.. hiew hiew hiew. MOTIF kemas bilik adalah sebab nak angkut barang-barang yang di bawa oleh MR.BEAN ke dalam bilik. Sekali bawak naik barang2 tuh.. Macam tade function je kemas bilik. Bersepah balik. hiok hiok hiok. Ok.. Abaikan tentang bilik. Let's story the mory. :)

Dok becerita tentang kehidupan, sebenarnya pon aku x memahami tajuk aku. Cuma aku rasa kepada si pembaca yang agaknya mungkin membaca BLOG aku yang tak semegah mana ni akan terasa lah kot. Kalau yang jenis membaca tertanya-tanya, korang teruskan lah bertanya. hiew hiew hiew. Sebab aku rasa belum sampai masanya untuk aku menjawab segala pertanyaan korang. Jadi dekat sini aku just nak menyampaikan jawapan dan sedikit nasihat. Aku tahu ! Aku tahu.. DIA AKAN BALAS SETIAP KATA-KATA AKU NI... sebab aku kan RETIS POPULAR.. :)

Memang susah bila hidup kita di pantau dari A-Z. Lagi susah bila orang yang xda kena mengena pon ikut masuk campur sekali. Sedangkan cerita yang di dengar dari sebelah pihak. Boom !!! Terus hentam aku tanpa usul periksa. Sampaikan keluar lah status yang agak mengaibkan diri aku. Tapi aku masih mampu tersenyum. Sebab aku tahu keadaan dan cerita yang sebenar. Siapa dia. Siapa aku. dan siapa kami. Itu Hanya aku,dia dan Allah yang mengerti. Jadi manusia yang tanpa usul periksa itu terus lah membuat hukuman dunia dia sendiri.

Wahai sahabat, memang benar kau dah menyebarkan dan menegur dengan sepatutnya. Tapi cara kau tu salah. Mungkin kau nak perhalusi. Tapi sebelum perhalusi, lihat diri sendiri dahulu. Berdiri di hadapan cermin, lihat kekurangan diri. Jangan menegur tanpa memikirkan kesan terhadap diri sendiri. Jika benar cinta luar nikah itu haram, Aku just nak tanya sikit je, Kau tak melakukan cinta luar nikah ke? Jika benar ia haram, Kenapa masa PEREMPUAN TAK LAKU tu dengan DIA, kau tak kata apa-apa langsung? Kau diam tanpa menyebarkan apa-apa cerita dan dakwah. Itu persoalan aku. Sehingga sekarang persoalan itu masih menghantui.

Gelaran itu hanya sekadar gelaran. Dia hanya manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Fahamkan itu. Allah menjadikan manusia itu hati dan perasaan. Begitu juga dia. Dia bukan robot untuk menahan segala perasaan. Siapa kita nak menentukan keredhaan yang akan dia dapat? Siapa kita nak menentukan Hidayah yang akan dia miliki. Siapa kita nak menentukan dosa dan pahala dia? kita bukan sesiapa awak. Kita hanya Hamba Allah seperti dia juga. Yang mencari Cinta Allah dan juga Cinta Manusia. Jangan disebabkan Aku, kau membenci seorang pemimpin.

Aku tahu aku tidak sehebat kau. Yang gah sana sini berkata berkawan dengan alim ulama. Yang gah sana sini berkata tentang agama. Yang gah sana sini menegur manusia. Aku hanya insan biasa yang masih merangkak mencari keredhaan Allah. Aku hanya insan kerdil yang hidup di bumi Allah. Penghijrahan aku masih belum sempurna. Aku hanya berharap insan sekeliling membantu dalam penghijrahan aku. Aku akui, aku merangkak-rangkak dalam mebaca kitab ALLAH.. Masih tidak sempurna solat ku. Masih tidak cukup ilmu ku. Aku akui.. Aku cuma manusia biasa. Kawan-kawan aku juga cuma orang biasa yang masih mencari keredhaan Allah.

Maafkan aku dengan coretan ini. Aku cuma mengeluarkan apa yang terbenam dalam lubuk hati. Jika kau inginkan perpisahan antara aku dengan dia. Ya, aku telah berikan. Doakan kebahagiaan aku dengan insan lain. Mungkin aku 'gadis si baju ketat itu' tidak sesuai untuk insan seperti dia kan. Itu yang kau ingin perkatakan. Tapi terima kasih untuk kau kerana menghancurkan impian MASJID kami.. :') Terima Kasih...

nota suamsuam : Aku tak sempurna mana di pandangan mata manusia. Tapi cukup jika aku sempurna di mata Allah.. Walaupun aku tahu aku masih belum sempurna .. :') KEMARAHAN AKU BUKAN PADA KAU. CUKUP KEPADA SI PEMBUAT CERITA ITU SAHAJA. TERIMA KASIH. :')

















 Gadis Biasa ♥   

No comments: