About Me

My photo
Berpijak di bumi yang nyata, mengerti siapa diri di muka bumi ini. Hanya manusia dan Hamba yang tidak mempunyai peribadi yang mampu di agung-agungkan. Aku cuma manusia biasa. Lahir ku untuk menjadi salah seorang manusia yang berusaha mencari keredhaan-NYA. Lahir ku untuk berbakti kepada kedua orang tua ku. Lahir ku untuk menjadi seorang adik yang hormati abang dan kakak nya. Lahir ku untuk membalas jasa guru ku. Lahir ku sebagai Teman di kala teman itu kesedihan. Dan Lahir ku untuk seorang adam yang mencari rusuk nya.. Itu aku.

Monday, October 15, 2012

Jangan benarkan sejarah itu menghantui.

Cerita lama, bukan mudah untuk di lupakan. Macam tu jugak aku. Cerita dengan seorang insan yang pernah buat aku ketawa suatu masa dahulu. Cerita dengan seorang insan yang memberi segalanya ketika aku memerlukan. Cerita dengan seorang insan yang sedu dan sayu hati ku, sentiasa di dengari. Insan itu, kau tahu siapa diri nya. Walau sudah lama berlalu, cerita itu tetap aku ingat. Aku kenang.

Bila di kata cerita lama, bermaksud ia ada lah suatu memori. Suatu memori itu, memang seronok kalau kita dapat ulang nya semula. Tapi ketahuilah, ia cuma angan-angan yang kita gapai x sampai. Hidup aku dengan insa itu berakhir setahun yang lepas. Angan-angan yang aku impikan, tapi takkan mungkin tercapai. Saat mata ini melihat segalanya. Telinga ini mendengar segalanya, aku tahu angan-angan itu tak mungkin aku dapat. Tidur lah selama mana pon, Pejam lah sekuat hati mata ini. Bila buka mata ku ini, KOSONG. Hanya ada aku dengan angan-angan aku.

Percayalah, ianya sekadar memori. Mengingat kembali, menyebut kembali tentang seorang insan itu, bukan bermaksud aku mengharapkan sesuatu daripadanya. Kemudian meninggalkan engkau di sini tersedu melihat kepergiaan ku. Ianya sekadar cerita lama yang ingin menggangu emosi dan hati ku. Jangan meminta aku untuk memadam memori ini. Jangan meminta aku untuk abaikan memori ini. Kerana memori ini lah yang aku bekalkan untuk aku jadikan perjalanan hidup ku. Learn from the mistake right? Dalam memori ini, ada kegembiraan ada kesilapan. Jadi, aku ambilnya sebagai penunjuk arah kepada kita.

Walau suatu ketika dulu, diri ini telah bersumpah, jauh di sudut hati akan kekal nama insan itu. Tiada siapa yang akan memadamnya. Tapi percayalah.. Jauh di sudut hati ini, hanya ruang kecil yang di huni. Cinta pertama, siapa yang mampu lupakan. FAHAMKAN itu. Percaya,Percaya dan teruskan percaya yang diri ini tidak akan pernah berpaling menjilat ludah nya sendiri. Sejauh mana pun istimewa insan itu. Tapi tidak akan se-istimewa insan yang membaca dan mecemburui insan itu.

Percayalah, dia hanya memori. Dia hanya kenangan. Di hanya sejarah. Awak adalah kehidupan baru. Awak adalah masa depan. Awak adalah tiang yang saya berpegang. Awak yang menceritakan kehidupan saya sekarang. Jangan bandingkan diri awak dengan dia. Mereka yang mengenali awak dan dia, semua kata awak 1000 kali bagus dari dia. Dia tiada apa nak di bandingkan dengan awak... Jangan ragui kesetiaan saya. Sebab dia hanya menghuni jauh di sudut hati saya yang kecil ruangnya. Tapi awak menghuni seluruh hati saya yang besar ruang nya.

ARA,ILY,IMY,HACKS,ASA.....PEGANG SEGALANYA.. :)

nota suamsuam : Jangan biarkan dia merosak kan apa yang kita impikan. Jangan biarkan dia merosakan segala angan-angan kita. Jangan biarkan dia memusnahkan segala harapan kita. PERCAYAKAN saya itu yang penting. :)

ENTRY JIWANG ! JANGAN MUNTAH.. ! KBYE~



Gadis Biasa ♥

No comments: