Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Untuk semua yang mahukan cinta....
"Apabila kita mengenali seseorang itu, seharusnya kita mengenali dirinya daripada pelbagai aspek & sudut. Kita hendaklah mengenali dirinya seikhlas yang boleh..kita hendaklah mengenali keluarganya semampu yang boleh tp ingat! bukan sekadar mengenali pada nama sahaja. Dalam sesuatu hubungan, pastinya ada cabaran & dugaan yg akan ditempuhi. maka, tempat yg paling utama utk kita rujuk adalah kepada pencipta kita iaitu ALLAH SWT. kita memohon segala pertolongan daripadanya, mohon bantuan, mohon dipermudahkan segala masalah yg kita hadapi kerana apa? kerana kita adalah khalifah yang diciptakan olehnya. Maka, kepada DIAlah kita berserah. kita tidak mampu utk memohon bantuan drpd manusia lain krn mereka juga tidak lari drpd segala masalah.
Sahabat sekalian,
Perkara yang paling penting dalam hidup ialah Cinta kita kepada Allah SWT & Rasulullah SAW adalah yang utama. tiada yg melebihi kedua2nya & tiada yg lebih agung daripadanya. Janganlah sesekali kita menyintai manusia lebih daripada Allah SWT & Rasulnya kerana kita tidak akan memperolehi apa2 ganjaran sebaliknya kita akan sentiasa jauh daripada rahmat & syafaatnya. INGATLAH!!!
Dalam hal lain pula, apabila kita ditakdirkan untuk berpisah @ menghilangkan cinta kita dgn seseorang lain, kita harus menerimanya dgn tabah krn Allah telah merancang yg terbaik utk kita. jgnlah hanya kerana cinta yang masih belum halal segala2nya kita mengabaikan diri kita, mengabaikan tanggungjawab kita, mengabaikan keluarga kita & mengabaikan segala2nya hanya kerana itu...tetapi kehidupan perlu diteruskan kerana kita masih ada "CINTA KEPADA ALLAH SWT & RASULULLAH SAW"
Akhir kata dalam coretan yang ringkas tapi penuh makna ini..."Cinta dtg dlm hidup kita drpd Allah SWT & tidak salah untuk kita bercinta malah harus bg seseorang manusia untuk mendakap cinta tapi biarlah ianya tidak lebih daripada apa yang ditetapkan."
**Mohon maaf seandainya ada kesalahan dalam coretan ini.
**fikir-fikirkanlah wahai teman & sahabat semua. ;-)
Wassalam..
Gadis Biasa ♥
No comments:
Post a Comment