Tengok entry, islamic sikit kan.. Tapi itulah pesanan seseorang agar aku tak hanyut dalam mencari jalan kebahagiaan bersama dengan dia. Siapa dia. Biar menjadi rahsia sehingga sampai masanya. Cuma yang mampu di gambarkan adalah setiap apa yang di lalui dan setiap pengalaman yang tercipta. Sampai suatu masa, trang tang tang orang nya terpampang. :) Dan secara jujurnya.. entry hari ni untuk AWAK ! ye AWAK.. saya tahu awak akan baca :)
Hey Mr.Bean
Tahukan kenapa Mr.Bean???
Sebab orang yang betul-betul kenal awak je akan perasan awak macam Mr.Bean
Memang sebijik lah gaya Mr.Bean.
Setiap kali lepas tengok wayang, ada je gaya yang ditiru.
Sampai terbawa-bawa keluar wayang.
Aduhai, macam charlie chaplin pon ada jugak...
Bela misai ?? JANGANN ! sebab sungguh hodoh muka awak kalau bela misai :P.
Hey Mr.Bean
Saya selalu sakat awak..nak cari orang lain lah. Nak cari scandal lain lah..
Awak mesti balas,'ada ke orang nak awak melainkan saya'
Ohooo tersentap..sentap..sentap..
Rasa kalau awak ada depan muka saya, dah tumbuk 5@6 kali..
Ahaaa.. ayat kita gurau manja kan...
'Aku Tumbuk Muka kau bah..'
Tapi itulah yang sweet and sour bagi saya.. HAHA !
Hey Mr.Bean,
Apa yang saya kata before ni tentang berubah hati,ABAIKAN ye.
Sebab terlalu susah hati saya nak melupakan jika dah menyayangi.
Sentiasa ingat, saya akan setia dengan awak,
Walau kita beribu batu jauh..Tapi kan dekat di hati..itu pesan awak kan.
Jauh ini bukan menyusahkan..tapi membahagiakan...
Bila kita jauh,kita akan sentiasa saling rindu. Hubungan semakin mesra Alam..
Jadi....Jangan buang sampah merata-rata.. *ehhh...xda kena mengena.. HAHA !
Hey Mr.Bean
Ini part paling hardcore.. GADUH ??
Ahaaa..buat masa sekarang kita penah ke gaduh sampai sehari off phone ?
2 hari tak payah contact ?? pernah ke ? x kannn..
Paling lama kita gaduh tak sampai setengah jam.
Saya marah-marah.. Awak cool je. Saya sumpah sana sini, Awak rilex je.
Lepas tu keluar ayat saya..'dah pegi cari lain..'
Awak balas... 'tak..saya tunggu awak..ingat tu..'
Lepas bagi ayat, dengan muka tebal 5@6 inci saya datang balik..
Terkedek-kedek datang dekat awak... HAHA..
Then semua jadi lancar..kan awak..
Hey Mr.Bean,
Seriously, I'm Totally In Love With You..
InsyaAllah, macam saya selalu kata..
"Cinta saya pada awak xkan lebih daripada cinta saya kepada DIA.'"
Kadang-kadang hati saya selalu kata..'jangan berharap sangat'
Dan itu yang saya pegang. sebab saya takut kita terkandas...BINASA saya..
Tapi saya tahu, saya percaya,saya nampak...
Kejujuran dan keikhlasan yang awak tunjuk kan pada saya.
InsyaAllah Kepercayaan yang saya katakan suatu ketika dulu, akan ada.
Cuma Kita kena Bersabar.Kita kena terus berdoa.
Hey Mr.bean,
Terima Kasih dengan setiap gelak ketawa,
Terima Kasih dengan setiap Kata-kata semangat,
Terima Kasih dengan setiap bebelan.
Memang kadang-kadang sakit telinga, tapi....
Itulah yang membahagiakan.
Saya akui sebelum ni memang saya dah bahagia dengan keluarga dan kawan-kawan
Tapi kehadiran awak macam gula yang ditambah dalam air untuk jadi lebih manis..
Garam di tambah dalam makanan untuk merasa kemasinan dan kesedapanya,..
Aicewahhhh.. Dah madah pujangga pulak yang part ni.
Hey Mr.Bean,
Ingat setiap janji kita..Setiap kata-kata kita. Setiap apa yang awak katakan.
Menyayangi wanita itu bukan ibarat menyayangi baju.
Bila kita sayang, hari-hari kita pakai.
Bila kita dah tak sayang, kita buka lemparkan ketepi.
Cintakan dan sayangi saya atas dasar siapa saya.
Bukan atas dasar Perubahan dan lakonan saya.
Kerana itu lebih Bahagia.
Semoga Allah merahmati hubungan kita.
Meredhai segala apa yang kita inginkan.
Melancarkan dan memberi kesenangan dalam hubungan kita. InsyaALLAH...
nota suam-suam : Setiap pesan awak saya akan ingat. Biar hubungan kita di redhai Allah. Biar hubungan kita manis dan elok di pandangan mata Allah. Saya,Fatin Nadzirah Mohd Ramlan, rindukan awak kerana Allah. Kasihi awak kerana Rasulullah. ANA UHBUKKI FILLAH...
Gadis Biasa ♥
1 comment:
Angau..angauu
Post a Comment