About Me

My photo
Berpijak di bumi yang nyata, mengerti siapa diri di muka bumi ini. Hanya manusia dan Hamba yang tidak mempunyai peribadi yang mampu di agung-agungkan. Aku cuma manusia biasa. Lahir ku untuk menjadi salah seorang manusia yang berusaha mencari keredhaan-NYA. Lahir ku untuk berbakti kepada kedua orang tua ku. Lahir ku untuk menjadi seorang adik yang hormati abang dan kakak nya. Lahir ku untuk membalas jasa guru ku. Lahir ku sebagai Teman di kala teman itu kesedihan. Dan Lahir ku untuk seorang adam yang mencari rusuk nya.. Itu aku.

Sunday, November 4, 2012

Welcome To My Life...Meet My Family :)

Baru je tadi dok UPDATE, mengatakan bahawa aku tiada idea untuk hari ini. AICEH ! Dah kenapa bahasa baku keluar ? kih kih kih. Teringat Housemate yang suka gelak kalau aku tiba-tiba keluarkan bahasa baku tanpa sedar. Yang memang paling guling-guling gelak Tasha dengan Lisa. Aku pandang dorang muka blur bila tengok dorang gelak. Rupanya bantak gelak an ayat aku. pffffftttt ! Ok.. Stop it ! Aku bukan nak cita pasal bahasa baku tapi pasal... eheeemm.. eheeemm..pasal....??? Teruskan lah baca. :)

Semua nya berlaku pada 27 Oktober 2012. Yeahhh... Akan ku ingat tarikh tu sampai bila-bila. NOTE ! Dah tulis dekat desktop dah pon. wehuuu... Kenapa dengan hari tu? Nak tahu? Itu adalah tarikh dimana.. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku bawak SEORANG LELAKI jumpa dengan KELUARGA aku.. Ok. Bagi orang lain mungkin pekara biasa. Tapi bagi aku tak ok. Selama ni memang ramai kawan-kawan lelaki yang datang rumah. Yang datang tu pon secara berjemaah. Mereka adalah kawan-kawan aku. Nothing Special. Kalau dulu ada BEKAS-BEKAS TUPERWARE hantar balik rumah. Cukup sekadar hantar depan rumah. Mintak jumpa mak ayah, aku cakap mak ayah tidur. Banyak lah alasan yang aku cipta sendiri. Iyo lah.. Takkan aku nak cakap, 'Bapak aku tak nak jumpa dorang kan.' kuikuikui.

ONE WEEK BEFORE
Back to the story, aku selalu update dekat twitter aku. Yang paling selalu aku update dekat BBM aku. hiew hiew hiew. Itu untuk mengingatkan aku betapa penting nya tarikh tu. And well... memang penting pon. Tapi lagi penting untuk si MR.BEAN. Sebelum dia nak datang, senang cite seminggu sebelum dia nak datang puas aku tanya,

Aku : 'Betul awak nak datang sorang? Tanak ajak sesiapa?? Nanti awak bosan tau. Abang-abang saya, ayah saya, Jenis tak banyak cakap...
Mr.Bean : 'Tak perlu lah. Saya kan GENTLEMAN. Jadi biarlah saya datang sorang sekarang ni. Tak payah ajak sesiapa.'

Fuh,ayat tak macam berlagak kan. Tapi aku kagum sangat dengan dia. Nak jumpa bukan calang-calang orang. HAHA ! So, aku pun tanya PUAN EMAK . Boleh atau tak. PUAN EMAK bagi green light tapi bersyarat. MR.BEAN kena call ENCIK AYAH sendiri bagi tahu nak datang. Aku pon sampaikan pesanan tu. Penat aku cakap dengan dia, aku nak dengar apa dia cakap. Tapi dia tanak duduk sebelah aku time cakap dengan ENCIK AYAH. Dia kata tak feel kalau orang lain ada. Ceh ! Then aku bagi no ENCIK AYAH dekat dia. Dia kata nanti bila dia nak col, dia bagitahu aku. Sampailah satu hari dia kata dia dah sedia. Aku pon OK kan aja. Guest What,  ENCIK AYAH yang tak pernah-pernah call aku malam-malam tiba-tiba call. Mula-mula ayat basi. Then terus cakap pasal MR.BEAN. Ahaaa...Nampak GREEN LIGHT di situ kan. Lepas ENCIK AYAH call, MR.BEAN pulak call. Perhh tak macam girang pulak an suara dia. Tapi aku berlagak biasa. Aku cakap,'Hoi..tu baru call.. belum JUMPA LAGI.. ilex ar..' Dia terus diam.. HAR HAR HAR. Jahat tak aku?

So start dari situ aku terus menghitung hari. PUAN EMAK bagi tahu dekat MR.BROTHERS AND MRS.SISTERS. PUAN EMAK asik tanya je. Dia datang dengan sape. Penat aku jawab dia datang sorang. Nak bajet GENTLEMAN. PUAN EMAK bantai gelak. So, menu untuk hari tu adalah SOTO ! yang di masak oleh PUAN EMAK. Aku masak ape ? ouhh.. Mestilah masak yang berat2.. Aku cuma mampu MASAK AIR je. KAH KAH KAH. Yang lain mak aku uruskan. :)

THE NIGHT BEFORE
Untuk kali terakhir aku still tanya betul ke dia nak datang sorang. Keputusan dia tetap sama. Aku pon takut-takutkan dia pasal famili aku. Dia boleh relex je. Wow ! me proud of you old man. *ehhhh :p Jadinya, malam tu dia mintak tidur awal. Dia nak berehat. Aku dah pelik, nak berehat ape? Bukan bersukan pon nak rehat-rehat ni. Datang rumah aku, sediakan tajuk dan perut je. Aku dah bantai gelak-gelak kan dia dah time ni. Rupanya dia tengah pikir apa topik atau ayat dia nak cakap. Ok. Di maafkan . :)

27 OKTOBER 2012
Sampai pon tarikh ni. HAR HAR HAR. Bangun tidur aku terus turun bawah. Kali ni bangun awal dari biasa. PUAN EMAK dah dapat agak dah aku kenapa. Tak sabar nak jumpa MR.BEAN lah tu. HAR HAR HAR. Semua jadi serba tak kena. Eh kenapa aku pulak yang terlebih takut. kah kah kah. Mesej MR.BEAN. Tanya dia ok ke tak. Dah siap ke ? Dia kata dia ok. Ohoooo, lupa nak bagi tahu. MR.BEAN ni kadang-kadang agak lurus sikit. Kadang-kadang boleh buat aku marah. Tapi yang tu lah comel. Tepat pukul 12 dia gerak. Sebelum gerak, siap tanya..

MR.BEAN : 'Awak, patut saya pakai t-shirt atau kemeja'
Aku : 'Hah ! Benda simple pon nak tanya. Pakai je lah mana-mana awak. Asalkan tak bogel.'

Bila aku cerita dekat PUAN EMAK pasal soalan dia, PUAN EMAK dah bantai gelak. Terus PUAN EMAK cakap.

PUAN EMAK : Famili ni tak kisah pon nak pakai apa-apa. Semua kepala Sporting. hihihi

Seperti yang di janjikan. Tepat pukul 230 dia sampai. Ahaaaa.. Awak lewat sejam. Tapi nasib ayah belum balik lagi. Dengan muka yang takut-takut MR.BEAN bagi salam. Hihihi. Nak gelak pon ada. Bila ENCIK AYAH balik, terus berdiri. Muka lagi cuak. HAR HAR HAR. Masa tu keadaan rumah, macam selalu. Bila anak buah semua ada.. Of cos. Bising. MR.BEAN aku tengok rilex borak dengan MR.BROTHERS and ENCIK AYAH. Bila borak dengan PUAN EMAK, lagi tersenyum lebar. Hati aku sikit demi sikit dah tenang. Hiew hiew hiew. Banyak benda yang di tanya famili aku. Tapi biarlah simpan dulu. Sampai masanya, aku keluarkan.

Hey MR.BEAN...
Itulah famili saya. Masa awak datang hari tu, macam tulah keadaan famili saya kalau semua ada rumah. Dengan riuhnya. Dengan kelam kabutnya. Dengan bersepahnya. Tapi, merekalah yang mampu membahagiakan saya. Permata saya. Awak taukan?? Heeeee... Balik tu mak cakap mesti awak pening kepala tengok famili kami. Tapi itu baru sikit awak. Belum yang selebihnya. Belum awak lihat kami adik beradik berkumpul berbincang. Itu baru anak-anak buah saya. Heeee... Apa-apa pun awak.. SELAMAT DATANG DALAM FAMILI SAYA :)

Selingan : Adakan sebelum nak sampai umah boleh tanya.. 'Awak saya tak tahan nak pergi toilet. Awak rasakan patut saya pergi toilet rumah awak ke.. atau berhenti dekat stesen minyak' Aku dah bantai gelak guling-guling dah... -.-''

Nota suam-suam : Saya tak pernah bawak mana-mana lelaki jumpa mak ayah saya. Awak yang pertama. Jadi hargai tu. Bila saya kata serius. Memang saya serius. Saya harap awak mampu terima keluarga saya dan juga saya . Jadi langkah seterusnya.. FAMILI AWAK..dan mangsa adalah KUCING SAYA.. ehhh.. MESTILAH SAYA :p






















*Comel pulak gambar ni. Kesian MR.BEAN. Terima Kasih untuk 3 November 2012.


Gadis Biasa ♥

No comments: